Saturday, March 5, 2011

♥ Ungunya CINTA ♥


Dah tengok drama romantik komedi Ungunya Cinta lakonan Leez AF dan Shaarnaaz Ahmad di Astro Ria td. Lagu OST dalam drama ni nyanyian Leez sendiri, bertajuk Itu Realiti,  lirik ditulis oleh Violet. Memang drama ni menarik, skrip pun bukan berbunga bunga.
Kenakalan dan sikap nakal Andy ni lebih kurang macam drama Ali Setan dulu, watak hero yang nakal dan jahat tapi mampu memikat hati heroinnya. Pengarah drama ni memang nak buat mcm filem Ali Setan tu pun..mengembalikan kegemilangan cerita romantik komedi..patutnya buat filem terus le lagi best :)
Cuma yang tak berapa syoknye dalam drama ni ialah skrip yang diucapkan oleh Andy kepada bapa dia, terlalu kasar dan biadap. Rasanya tak sesuai le nak bagi teladan kat remaja masa kini dengan skrip yang agak kasar tu.Lain lainnya semua menarik, nampak lakonan yang baik dari Leez yang menangis sungguh sungguh masa Andy meninggal tu. Tak pernah lagi tengok lakonan Leez yang real mcm ni, selalu tengok dia berlakon dengan Zizan dalam cerita lawak je. Berbakat jugak Leez ni. Adegan romantik Leez dengan Shaarnaaz nampak macam betul je, ada baca gossip yang Leez dan Shaarnaz bercinta, selepas berlakon dalam drama Pontianak Kampung Batu..hehe cinta lokasi ke?
sinopsis:
Ungunya Cinta mengisahkan Ungu, gadis yang meminati bidang nyanyian dan bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. Waktu sama, Ungu yang baru saja menuntut tahun pertama di universiti, bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku. Cerita bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi, anak Datin Moon yang juga sahabat ibunya, Rubiah. Andi mempunyai perangai ‘anak orang kaya yang panas baran dan perengus’. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengajar Andi, Ungu hampir putus asa dengan perangainya. Akibatnya dia mula membenci Andi lalu mula mengajar sambil lewa. Selepas sekian lama bersama Andi, Ungu mula menyedari bahawa Andi bersikap demikian kerana sering kesunyian dan tidak dapat kasih sayang daripada ibu bapanya. Ungu mula menyayangi Andi dan Andi juga mula sedar yang dia menyintai Ungu. Namun satu hari Ungu keliru apabila melihat Andi bersama perempuan lain. Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan perempuan itu, Andi mengambil pendirian berdiam diri. Ungu yang berasa terluka, membuat keputusan untuk tidak bertemu Andi lagi.
p/s: yg pastinyer aku mnagis gler tgk cite nie..
dh 2x ak tgk cte nie........



No comments: